Selasa, 10 November 2009

ALA HAI, RED WARIOR SUPPORTER

Sedih melihat gelagat penyokong bolasepak kelantan, mereka bagaikan tidak mampu menerima kekalahan pasukan pujaan mereka yang nampaknya agak gugup untuk beraksi di pentas perlawanan akhir Piala Malaysia. penyokong yang datang dari jauh terasa amatlah kecewa dengan aksi yang ditunjukkan oleh pemain-pemain red warior, namun kekecewaan tersebut telah mempengaruhi sesetengah penyokong yang mempunyai tahap kesabaran dan EQ yang rendah telah bertindak di luar jangkaan. sepatutnya aspek keselamatan harus diutamakan oleh pihak FAM, bukannyameletakkan 100% kesalahan atau apa yang telah terjadi kepada pihakKAFA semata-mata, semua pihak harus bertanggungjawab dan mengambil iktibar atas apa yang telah terjadi. bagi penyokong kelantan malulah pada orang lain jangan kita bersikap seperti perangai kera di hutan, perbuatan ganas anda telah memalukan seluruh anak-anak kelantan.Semua anak kelatan terasa terpalit sama apa yang telah anda lakukan.........berubahlah perangai, janganlah tunjukkan perangai buruk seperti orang yang tidak bertamadun, jadilah contoh yang baik.......sesungguhnya pasukan kita akan bangkit......jadikanlah 2010 sebagai tahun bolasepak kelantan.....semangat GOMO KELATE GOMO jangan jadikan slogan bahawa kita akan gomo segalo yang ado depe mato kita, kito gomo apo yang patut kito gomo jah deh......kepada KAFA juga janganlah kita suka campur tangan apa yang jurulatih buat...jange ado hok nok bijak tapi dia sebenarnye bodo....punah pasuke kito.......hok molek doh pun jadi kuca lembe.......Inilah akibatnya. semua ore kelate beraso malu............selamat maju jaya dan terima kasih kepada semua pemain kelantan atas usaha demo semua kelate gi ko final......try molek pulok tahun depe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan